Saturday, April 20, 2013

TIga kenderaan jatuh ke dalam lubang di jalan raya


BEBERAPA pekerja penyelamat melihat sebuah kereta yang terjatuh ke dalam lubang itu.


CHICAGO - Tiga buah kenderaan terjatuh ke dalam sebuah lubang yang terbentuk di atas permukaan sebatang jalan raya di kawasan kediaman Deering Selatan di sini kelmarin.
Ketika kejadian, tiga orang pemandu kenderaan itu tidak menyangka terdapat lubang tersebut yang terbentuk dengan tiba-tiba.
Seorang pemandu sebuah pikap dimasukkan ke hospital selepas kenderaan yang dipandunya memasuki lubang tersebut yang sedalam 4.57 meter.
Punca lubang tersebut terbentuk masih belum diketahui.
Bagaimanapun, hujan lebat dan banjir berlaku pada malam sebelum lubang itu terbentuk.

No comments:

Post a Comment