Sunday, April 21, 2013

10 gajet Sandra Dewi


SANDRA DEWI


AKTRES dan model cantik, Sandra Dewi mempunyai hobi mengumpul telefon bimbit dan gajet keluaran terbaharu sejak beberapa tahun lalu.
"Kalau ke mana-mana, saya selalu membawa gajet dan saya mempunyai 10 gajet kesemuanya," kata Sandra Dewi yang terkenal melalui filem Quickie Express.
Bagi aktres tersebut, alat komunikasi sangat penting untuk mencari dan mendapatkan maklumat terbaharu terutama dalam memberikan aktiviti terkini kepada peminat.
"Setiap masa saya akan bersama gajet. Teknologi sangat penting buat saya kerana jarang berkomunikasi dengan orang luar. Jadi saya menggunakan gajet untuk tujuan komunikasi, ujar aktres yang lahir pada 8 Ogos 1983 ini.
"Mungkin kerana saya seorang figura masyarakat jadi setiap ada pelancaran alat elektronik baharu, saya sering diundang," katanya. Selain alat elektronik, Sandra juga mengumpul beg tangan, baju dan aksesori.
"Saya suka berbelanja, saya mempunyai banyak seperti beg tangan, baju, dan aksesori. Kerana saya mempunyai gajet yang banyak, jadi saya mempunyai beg tangan yang khusus untuk itu," kata bintang filem Langit Ketujuh ini.

No comments:

Post a Comment