Tuesday, April 23, 2013

Pakej berbaloi Domino's

HASFAHLINDA menunjukkan salah satu piza yang terdapat di Domino's.


KEKANGAN masa akibat jadual kerja atau tugasan harian yang ketat menyebabkan ramai orang memilih untuk menikmati makanan segera. Piza kegemaran ramai, Domino's kembali menawarkan promosi menguntungkan kepada penggemarnya melalui beberapa pilihan yang dinamakan sebagai The New Incredible Meals (NIM).
Menurut Pengurus Pemasaran Domino's, Hasfahlinda Hassan, promosi NIM berbaloi kerana pelanggan boleh memilih piza yang berbeza selain boleh menambah beberapa menu lain pada harga rendah.
"Harga promosi berpatutan mengikut empat pakej yang terdapat dalam promosi NIM. Ia sesuai untuk dihidangkan dalam kumpulan seramai empat hingga 15 orang," ujarnya ketika ditemui oleh Kosmo! baru-baru ini.
Tambahnya, pelanggan dapat berjimat dengan harga yang ditawarkan iaitu serendah RM10 untuk seorang. Ia lebih berbaloi berbanding membeli secara berasingan tanpa menggunakan tawaran promosi.
"Kami mahukan pelanggan berpuas hati melalui promosi hebat ini dengan menghidangkan piza yang berkualiti," kata Hasfahlinda.
Selain itu, cara pesanan piza Domino's kini juga semakin mudah hanya melalui panggilan dan penghantaran segera ke alamat yang diberikan.
"Satu lagi cara paling mudah ialah menggunakan langganan secara dalam talian. Ia lebih mudah dan ringkas malah tiada kos penghantaran dikenakan kepada mereka," tambah Hasfahlinda.
Bagi memudahkan urusan langganan, penggemar Domino's juga boleh membuat tempahan seminggu awal melalui laman web restoran makanan segera itu.
"Ia memberi kesan positif sejak dilancarkan kerana pelanggan tidak perlu lagi risau mengenai tempahan makanan untuk acara-acara persendirian atau secara berkumpulan," ujarnya.
Pelanggan boleh memilih tiga pakej untuk kumpulan kecil iaitu NIM 1 pada harga RM40 untuk dua piza sederhana, manakala NIM 2 pula untuk lima orang pada harga RM50 mengandungi dua piza sederhana dan tiga menu tambahan. NIM 3 pula memberi pelanggan tiga pilihan piza dan dua menu tambahan.
Bagi acara dalam kumpulan yang besar, pelanggan boleh memilih pakej NIM Party Pack yang menawarkan lima keping piza sederhana pada harga RM100, atau pakej NIM Celebration Pack yang berharga RM150 untuk tujuh piza sederhana untuk 15 orang.
"Promosi hebat ini hanya ditawarkan di Malaysia dan ia bermula Mac lalu hingga penghujung April," jelas Hasfahlinda.

No comments:

Post a Comment