Saturday, April 20, 2013

Wanita maut jatuh dari tingkat 5 pasar raya


ORANG RAMAI melihat seorang wanita yang terjatuh dari tingkat lima pusat beli-belah Wisma Sanyan, Sibu semalam.


SIBU – Orang ramai yang mengunjungi pusat beli-belah Wisma Sanyan di sini semalam gempar apabila terdengar dentuman kuat seorang wanita terjatuh dari tingkat lima bangunan tersebut.
Seorang pengunjung yang enggan dikenali memberitahu, semasa kejadian pada pukul 11 pagi, dia nampak bagaimana mangsa tiba-tiba terjatuh dari tingkat lima pasar raya itu sebelum badannya menghempap meja yang diletakkan di ruang legar bangunan tersebut.
Mangsa yang berusia 51 tahun itu mengalami kecederaan teruk di kepala dan patah kaki kiri. Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Sibu oleh pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, selepas dua jam dirawat mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 1 petang di hospital itu.

No comments:

Post a Comment